Page 195 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 195
PERTUBUHAN PERTOLONGAN Imbas Saya
WANITA (WAO)
Berjuang untuk hak wanita, khususnya
keganasan terhadap wanita.
WAO
PERSEKUTUAN ORANG
PEKAK MALAYSIA (MFD) Imbas Saya
Menyediakan program pembangunan komuniti
dan khidmat kaunseling untuk orang pekak.
MFD
GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN Imbas Saya
PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA)
Berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia.
FOMCA
Kita juga boleh memainkan peranan untuk melindungi hak wanita, pengguna, OKU dan
pekerja dalam menunjukkan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
PERANAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA
1 Melaksanakan kewajipan untuk membantu golongan
yang memerlukan seperti OKU dan wanita miskin.
2 Menghormati hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja.
3 Melibatkan diri dalam aktiviti atau program badan kerajaan dan badan
bukan kerajaan untuk melindungi hak wanita, pengguna, OKU dan pekerja.
4 Membuat aduan sekiranya mengetahui penderaan dan
diskriminasi dilakukan terhadap golongan wanita dan OKU.
5 Membuat laporan sekiranya ternampak penipuan
yang dilakukan oleh peniaga kepada pengguna.
Kita akan berasa gembira apabila hak semua golongan ini dilindungi dan dihormati
oleh pelbagai pihak bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
Sehubungan dengan itu, semua pihak hendaklah mengamalkan nilai hormat, kasih sayang,
keberanian, bertanggungjawab dan kesederhanaan bagi memastikan semua hak ini dilindungi
dan dihormati secara berterusan.
189
Unit 15 NC.indd 189 24/10/17 10:03 am

