Page 185 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 185
PENGAYAAN
A. Baca dan fahami penyataan di bawah. Tandakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ pada penyataan yang
menggambarkan diri anda.
Bil. Penyataan Ya Tidak
1. Saya mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya hebat.
2. Saya berharap agar orang lain menerima keadaan diri saya.
3. Saya suka akan sanjungan daripada kawan-kawan untuk mengelakkan diri
daripada tertekan.
4. Saya selalu memikirkan masalah yang dihadapi.
5. Saya sering memendam perasaan agar tidak diketahui oleh orang lain.
6. Saya akan berasa kecewa dan stres apabila tidak berupaya mengawal keadaan.
7. Saya selalu mengharapkan perhatian dan kasih sayang daripada seseorang.
8. Saya suka menyendiri.
9. Saya ingin diri saya difahami dan diterima oleh orang lain.
10. Saya berasa amat kecewa apabila orang lain tidak menghargai saya.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Sidek’s Personality Inventory”
Sekiranya anda menandakan ‘Ya’
lebih daripada lima kali bermaksud
anda cenderung mengalami konflik
identiti diri. Selalulah bersikap
positif dalam setiap pemikiran,
perasaan dan perlakuan dalam
kehidupan seharian.
Berdasarkan senarai soal selidik di atas, pilih satu konflik identiti diri dan bincangkan
langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani konflik identiti diri.
HASIL SOAL SELIDIK
Langkah menangani konflik Langkah membantu individu yang
identiti diri mempunyai konflik identiti diri
4.4.5 179
Unit 14 NC.indd 179 24/10/17 10:07 am

