Page 70 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 70

B.  Secara berkumpulan, hasilkan skrip lakonan berdasarkan setiap babak di bawah.
                   Kemudian, lakonkan sketsa tersebut.
                                                                                      BABAK 1




                Di pondok Rukun Tetangga, Encik Khairul, Encik Woo dan Encik
                Gopal sedang duduk berbual tentang kes kecurian yang semakin
                menjadi-jadi di kawasan perumahan mereka.





                       BABAK 2


                                            Semasa membuat rondaan pada waktu malam itu,  mereka berjalan
                                            sambil memegang lampu suluh dan batang kayu. Tiba-tiba, dari
                                            jauh kedengaran suara seseorang meminta tolong kerana rumahnya
                                            dimasuki pencuri. Rupa-rupanya, rumah Encik Arvind telah dimasuki
                                            pencuri.




                                                                                      BABAK 3


                Mereka berlari ke arah suara tersebut. Mereka ternampak
                Encik Arvind yang sedang menunjukkan arah pencuri itu melarikan
                diri. Mereka segera mengejar pencuri itu. Akhirnya, pencuri itu
                berjaya ditangkap.





                       BABAK 4


                                             Encik Khairul, Encik Woo dan Encik Gopal berasa gembira kerana
                                             dapat membantu Encik Arvind. Encik Arvind mengucapkan terima
                                             kasih kepada mereka. Mereka bersetuju untuk meneruskan rondaan
                                             pada waktu malam bersama-sama Encik Arvind untuk menjaga
                                             keselamatan kawasan perumahan tersebut.





                                                  RenunganRenungan

                                                  Bagai aur dengan tebing.
                                                              Peribahasa Melayu




         64                                                                  3.1.2, 3.1.3, 3.1.4, 3.1.5, 3.1.6




       Unit 6 NC.indd   64                                                                            24/10/17   9:27 am
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75