Page 68 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 68
Memandangkan hidup berjiran begitu penting dalam kehidupan, kita hendaklah berusaha
untuk mengeratkan hubungan dengan mereka. Terdapat pelbagai cara untuk merapatkan
hubungan sesama jiran.
Saya dan keluarga akan menjemput jiran tanpa mengira kaum datang
ke rumah semasa hari perayaan. Kami akan meraikan jiran dengan
hidangan istimewa dan memberikan layanan yang baik. Saya berasa
gembira apabila melihat hubungan kami seperti sebuah keluarga besar.
Saya sangat bersyukur kerana hubungan keluarga
saya dengan jiran sangat baik. Kami sentiasa
bergaul mesra dan bertegur sapa.
Keluarga saya sangat mengambil berat akan jiran
kami, terutamanya apabila mereka menghadapi
kesusahan. Bapa saya pernah menghantar anak jiran
yang sakit ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Saya dan anak jiran sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti persatuan
perumahan seperti gotong-royong. Melalui aktiviti sebegini, kami
berpeluang untuk berkenalan dengan lebih dekat dan dapat
mengeratkan hubungan.
Saya pula selalu mengikut keluarga
menziarahi jiran yang sakit.
Oleh itu, kita perlulah bersama-sama menjaga hubungan dengan jiran tanpa mengira
agama, kaum, budaya dan bahasa. Hubungan baik dengan jiran boleh dikekalkan apabila kita
mengamalkan nilai kerjasama, hormat, toleransi, hemah tinggi dan berterima kasih sesama
jiran. Dengan menjadi jiran yang baik, hidup akan lebih ceria, aman dan bahagia.
62
Unit 6 NC.indd 62 24/10/17 9:27 am

