Page 66 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 66

KONSEP  KONSEP  Semua orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan atau berhampiran
                 dengan rumah kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya. Jiran kita juga boleh terdiri
                 daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan lain-lain.
                    Apabila hidup berjiran, kita mestilah saling menghormati dan saling membantu. Hal ini
                 dapat memberikan manfaat kepada diri dan penduduk setempat demi kebaikan semua.



                                           MANFAAT HIDUP BERJIRAN






                      Mudah mendapat                Membantu menjaga                  Membantu
                      bantuan apabila               keselamatan tempat             menjayakan majlis
                        menghadapi                       tinggal.
                      sesuatu masalah.                                                keramaian.




                Contoh: Apabila berlakunya     Contoh: Apabila pulang         Contoh: Ketika majlis keraian
                kebakaran, kemalangan atau     ke kampung bersempena          atau upacara keagamaan.
                kematian.                      dengan cuti perayaan.








                                       Memupuk                        Membantu
                                       semangat                     mencegah gejala
                                      perpaduan.                        negatif.






                              Contoh: Ketika melaksanakan    Contoh: Bekerjasama
                              aktiviti gotong-royong atau    membanteras gejala sosial
                              aktiviti keluarga.             seperti penagihan dadah dan
                                                             vandalisme.





                    Dalam hidup berjiran, terdapat jiran yang bersikap positif dan jiran yang bersikap negatif.
                 Kedua-dua sikap ini boleh memberikan kesan baik atau buruk kepada diri kita dan keluarga. Jiran
                 yang bersikap positif akan menjadikan kita bersyukur, gembira dan selesa tinggal berdekatan
                 dengannya. Jiran yang bersikap negatif pula akan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan
                 tidak gembira. Walau apa-apa pun, kita mestilah menghormati jiran dan saling bertoleransi
                 untuk menjaga perasaan mereka. Kita juga hendaklah menjadi jiran yang beradab sopan dan
                 berbudi pekerti mulia untuk mengekalkan suasana harmoni.


         60




       Unit 6 NC.indd   60                                                                            24/10/17   9:27 am
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71