Page 92 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 92

PENILAIAN  A.  Situasi di bawah menunjukkan kesukaran hidup sepasang warga tua.




                      Encik Mahmud dan isterinya tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Arau.
                      Mereka merupakan warga tua yang uzur. Anak-anak mereka tidak mempedulikan
                      keperluan harian mereka. Namun, masyarakat di sekitar mereka sentiasa
                      menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk membolehkan Encik Mahmud dan
                      isterinya meneruskan kehidupan mereka.





               1.  Apakah ciri-ciri masyarakat penyayang yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Arau?

               2.  Berikan kewajaran penduduk Kampung Arau membantu Encik Mahmud dan isterinya.

               3.  Andaikan terdapat sepasang warga tua seperti Encik Mahmud dan isterinya di tempat
                   tinggal anda. Terangkan cara anda dan persatuan penduduk dapat membantu mereka.

               4.  Apakah perasaan anda apabila tinggal dalam komuniti masyarakat penyayang? Berikan
                   sebab.


               B.  Keratan akhbar di bawah menunjukkan bekas penagih dadah yang kembali menagih.




                                70% pelatih Pusat Serenti

                                  kembali menagih dadah


                             PUTRAJAYA, 22 Oktober – Perdana Menteri Malaysia berkata,
                             hampir 70 peratus daripada pelatih yang telah menjalani
                             rawatan di Pusat Serenti kembali menagih dadah kerana tidak
                             diterima oleh keluarga.


                             Beliau berharap agar masyarakat, khususnya ibu bapa dapat
                             memberikan kerjasama bagi memastikan bekas penagih dadah
                             tidak terlibat semula dalam penyalahgunaan dadah.







                   Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Bagaimanakah amalan nilai
                   yang dipraktikkan oleh semua pihak dapat menangani keadaan di atas?




         86




       Unit 7 NC.indd   86                                                                            24/10/17   9:30 am
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97