Page 95 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 95
Agensi perkhidmatan awam merupakan perantara yang paling hampir dengan rakyat. Peranan
terpenting agensi perkhidmatan awam adalah untuk memastikan semua urusan pentadbiran
berjalan dengan lancar. Setiap agensi perkhidmatan awam yang efektif akan memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dalam masa yang singkat, menjawab panggilan dengan cepat,
mengurangkan karenah birokrasi dan memberikan perkhidmatan mesra pelanggan.
KEPENTINGAN AGENSI PERKHIDMATAN AWAM KEPADA MASYARAKAT
• Menjadi perantara kerajaan dengan rakyat.
• Memberikan kemudahan kepada rakyat.
• Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat
tentang pelbagai perkhidmatan awam yang disediakan.
• Membantu melicinkan pentadbiran negara.
• Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertatasusila, kita perlu menghargai semua agensi perkhidmatan
awam yang disediakan oleh kerajaan. Yang berikut ialah cara menghargai agensi perkhidmatan
awam.
CARA MENGHARGAI AGENSI PERKHIDMATAN AWAM
• Mematuhi etika ketika berurusan di agensi perkhidmatan awam.
• Menyokong program yang dianjurkan.
• Tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
• Mengucapkan terima kasih selepas mendapatkan perkhidmatan.
• Tidak memandang rendah kepada kakitangan agensi perkhidmatan awam.
• Menggunakan bahasa yang sopan ketika berurusan.
89
Unit 8 NC.indd 89 24/10/17 9:31 am

