Page 96 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 96

Agensi perkhidmatan awam juga berperanan untuk memberikan penerangan dan
               perkhidmatan kepada rakyat mengikut tugas dan bidang masing-masing. Kakitangan agensi
               perkhidmatan awam yang terlatih akan menyalurkan pengetahuan mereka kepada rakyat agar
               dapat merealisasikan aspirasi negara. Rajah di bawah menunjukkan beberapa peranan agensi
               perkhidmatan awam yang efektif untuk kesejahteraan rakyat di Malaysia.



                                     PERANAN AGENSI PERKHIDMATAN AWAM


                                          Imbas Saya                                Imbas Saya






                                           Polis Diraja                            Jabatan Bomba dan
                                            Malaysia                               Penyelamat Malaysia
                      POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)            JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
               •  Memelihara undang-undang dan               •  Memberikan khidmat pencegahan dan
                 ketenteraman.                                 pemadaman kebakaran, menguatkuasakan
               •  Mengekalkan keamanan dan keselamatan         undang-undang yang berkaitan dengan
                 Malaysia.                                     aspek keselamatan memadam kebakaran
                                                               serta menyediakan khidmat kemanusiaan
               •  Mencegah dan mengesan penjenayah.
                                                               yang cekap dan berkesan.
               •  Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah.
               •  Mengumpul risikan keselamatan.


                                          Imbas Saya                                Imbas Saya





                                          Jabatan Penerangan                      Suruhanjaya Pencegahan
                                            Malaysia                                 Rasuah Malaysia
                     JABATAN PENERANGAN MALAYSIA                     SURUHANJAYA PENCEGAHAN
                                                                      RASUAH MALAYSIA (SPRM)

                •  Memberikan penerangan dan penjelasan       •  Menerima aduan tentang perlakuan
                  tentang dasar, falsafah dan wawasan           rasuah dan salah guna kuasa.
                  negara.                                     •  Menyiasat aduan rasuah dan salah
                •  Membina, mengukuh dan menyebar luas          guna kuasa sebagaimana peruntukan
                  jaringan komunikasi yang menyeluruh           di bawah Akta SPRM 2009.
                  dan berkesan dalam menguruskan              •  Mendidik orang ramai untuk membenci
                  penyampaian maklumat.                         dan menentang jenayah rasuah.



                   Memandangkan agensi perkhidmatan awam banyak memberikan manfaat kepada rakyat,
               kita sepatutnya mengamalkan nilai bertanggungjawab, patriotisme, berterima kasih, berhemah
               tinggi dan rasional atas perkhidmatan yang diberikan. Sehubungan dengan itu, kita perlulah
               sentiasa sabar dan berbudi bahasa kepada kakitangan di agensi perkhidmatan awam.


         90




       Unit 8 NC.indd   90                                                                            24/10/17   9:31 am
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101