Page 22 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 22

Bakteria


                  Saiz

                  Bakteria merupakan mikroorganisma unisel yang berukuran antara 0.2 μm – 10 μm.
                  Bakteria dapat dilihat melalui mikroskop cahaya kuasa tinggi.



                                                                                CABARAN
                  Bentuk                                                        C A BA RA N
                                                                                MI ND  A
                                                                                MINDA
                  Penamaan dan pengelasan bakteria adalah berdasarkan
                  bentuk asas bakteria, iaitu sfera (kokus), pilin          Apakah bentuk bakteria yang
                  (spirilum), rod (basilus) dan koma (vibrio)               dikenali sebagai diplokokus?
                  (Gambar foto 1.4).









                     Streptococcus sp.  Treponema pallidum    Bacillus anthracis    Vibrio cholerae
                     (kokus)            (spirilum)            (basilus)             (vibrio)

                                           Gambar foto 1.4  Pengelasan bakteria


                  Struktur asas
                                                                              Kapsul  Bintil glikogen
                  Perhatikan struktur asas bakteria          Dinding sel
                  seperti Rajah 1.14. Kebanyakan           Membran sel
                  bakteria mempunyai dinding sel yang           Bahan
                  teguh yang memberikan bentuk dan             genetik
                                                                                              Flagelum
                  sokongan kepada bakteria. Dinding          Sitoplasma
                  sel bakteria tidak dibina daripada                           1 μm
                  selulosa tetapi dibina daripada
                                                                 Rajah 1.14  Struktur asas bakteria
                  asid amino dan polisakarida.
                  Sesetengah bakteria mempunyai kapsul yang melindungi dinding sel. Sesetengah
                  bakteria pula mempunyai struktur rerambut halus yang dikenali sebagai pili yang
                  membolehkan bakteria melekat pada permukaan tertentu. Sesetengah bakteria
                  juga mempunyai struktur seperti ekor yang dikenali sebagai flagelum untuk
                  membantu pergerakannya.



                  Nutrisi

                  Bakteria mendapatkan makanan melalui pelbagai cara. Bakteria yang mempunyai
                  klorofil menghasilkan makanannya sendiri. Sesetengah bakteria bersifat parasit yang
                  mendapatkan nutrien daripada perumahnya. Terdapat juga bakteria  saprofit yang
                  mendapatkan nutrien daripada organisma yang telah mati.


                   12                                                                             1.1.1
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27