Page 25 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 25

Bab 1  Mikroorganisma





                                                              Ciri khas
                                                              Berbeza daripada organisma lain, virus tidak
                                                              mempunyai ciri hidup di luar perumah
                                                              kerana tidak menjalankan respirasi,
                     Ciri                                     perkumuhan, pertumbuhan dan tidak
                                                              bergerak balas terhadap rangsangan. Virus
                    virus                                     hanya membiak dengan cara menjangkiti
                                                              sel perumahnya seperti bakteria, haiwan
                                                              dan tumbuhan. Rajah 1.18 menunjukkan
                                                              urutan proses pembiakan bakteriofaj dengan
                                                              menjangkiti bakteria, iaitu sel perumahnya.



                                                        Bakteria
                                                                  Virus

                                                                      1  Virus melekatkan diri pada
                                                                         permukaan sel perumahnya
                                                                         seperti sel bakteria.







                                                                                Bahan  2  Virus menyuntikkan
                                                          DNA bakteria          genetik   bahan genetiknya,
                                                                                virus     iaitu DNA ke dalam
                                                                                          sel bakteria.





                                                                                     3  Bahan genetik virus
                                                                                       mengambil alih
                                                                                       kawalan sel bakteria
                                                                                       sambil membahagi
                                                                                       dan menggunakan
                                                                                       bahan di dalam sel
                           5  Virus baharu                                             bakteria untuk
                              memecahkan sel                                           membina lapisan
                              bakteria dan                                             protein atau kapsid.
                              membebaskan diri
                              untuk menyerang sel
                              bakteria yang lain.
                                                                               4  Bilangan virus baharu yang
                                                                                  dihasilkan di dalam sel
                                                                                  bakteria kian bertambah.

                                  Rajah 1.18  Urutan proses pembiakan bakteriofaj di dalam sel bakteria

                   1.1.1                                                                             15
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30