Page 20 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 20
Protozoa
Saiz
Kebanyakan protozoa merupakan mikroorganisma unisel yang berukuran antara
5 μm – 250 μm dan dapat dilihat melalui mikroskop cahaya kuasa rendah. Protozoa
lazimnya wujud secara berkoloni.
Bentuk
Protozoa mempunyai pelbagai bentuk. Sitoplasma Silia
Perhatikan struktur dalam Paramecium sp. Membran sel
dan Amoeba sp. (Rajah 1.9 dan 1.10).
Paramecium sp. berbentuk seperti Makronukleus Mikronukleus
bentuk selipar dan mempunyai struktur Vakuol
Vakuol makanan
seperti mikronukleus, makronukleus, mengecut
sitoplasma, vakuol makanan, vakuol Rajah 1.9 Struktur asas Paramecium sp.
mengecut, membran sel dan rerambut
halus yang dikenali sebagai silia.
Amoeba sp. tidak mempunyai
bentuk yang tetap. Bentuknya Sitoplasma
berubah-ubah semasa bergerak.
Vakuol
Amoeba sp. mempunyai struktur mengecut Nukleus
seperti nukleus, sitoplasma,
vakuol makanan, vakuol mengecut Vakuol Membran sel
makanan
dan membran sel.
Rajah 1.10 Struktur asas Amoeba sp.
Nutrisi
Protozoa mengamalkan nutrisi yang pelbagai jenis. Terdapat protozoa yang dapat
menjalankan fotosintesis seperti Euglena sp. dan ada yang bersifat parasit seperti
Plasmodium sp.. Amoeba sp. mendapatkan nutrien melalui fagositosis. Amoeba sp.
menggunakan unjuran sitoplasma yang dikenali sebagai pseudopodium
atau ‘kaki palsu’ untuk bergerak dan mengepung makanan semasa fagositosis
(Rajah 1.11).
Makanan Pseudopodium Vakuol makanan
Amoeba sp. Amoeba sp. Vakuol makanan Makanan
bergerak ke mengepung terbentuk dicernakan dan
arah makanan makanan nutrien diserapkan
Rajah 1.11 Fagositosis dalam Amoeba sp.
10 1.1.1

