Page 32 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 32
10. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri dari almari tersebut.
11. Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri. Rekodkan pemerhatian anda
dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni yang banyak.
Pemerhatian:
Piring Petri Kehadiran nutrien dalam agar-agar Bilangan koloni bakteria
A Ada
B Tiada
Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Bagaimanakah bilangan koloni bakteria dihubungkaitkan dengan pertumbuhan bakteria?
2. Apakah fungsi nutrien dalam agar-agar dalam eksperimen ini?
B Kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.
Pernyataan masalah: Apakah kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?
Hipotesis: Kelembapan yang rendah merencatkan pertumbuhan Bacillus sp..
Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan : Kelembapan agar-agar nutrien
(b) bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur Bacillus sp. dan
suhu persekitaran
Bahan: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril yang lembap
dan pita selofan
Radas: Dua piring Petri steril dengan
penutup berlabel C dan D,
dawai gelung dan ketuhar
1. Basuh tangan dengan
air dan sabun sebelum
Prosedur: dan selepas menjalankan
3
1. Sediakan dua piring Petri yang mengandungi 10 cm eksperimen.
agar-agar nutrien steril dan labelkan sebagai C dan D. 2. Pakai sarung tangan semasa
2. Panaskan piring Petri D di dalam ketuhar sehingga menjalankan eksperimen.
kering. Keluarkan piring Petri dari ketuhar untuk 3. Sterilkan semua bahan
disejukkan kepada suhu bilik. buangan terlebih dahulu
sebelum dibuang.
3. Ulang langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.2 A) dengan 4. Rendam semua radas
cara menggantikan piring Petri A dan B dengan piring yang telah digunakan
Petri C dan D. dalam disinfektan selepas
4. Tutup piring Petri C dan D, dan lekatkan penutup menjalankan eksperimen.
dengan pita selofan (Rajah 1.28).
22 1.1.3

