Page 34 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 34

Prosedur:
                                                                   3
                   1.  Sediakan dua piring Petri yang mengandungi 10 cm  agar-agar nutrien steril dan labelkan
                      sebagai E dan F.
                   2.  Ulang langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.2 A) dengan menggantikan piring Petri A dan B
                      dengan piring Petri E dan F.
                   3.  Tutup piring Petri E dan F dan lekatkan penutup dengan pita selofan.
                   4.  Simpan piring Petri E (secara terbalik) di dalam almari yang gelap dan piring Petri F
                      (secara terbalik) di kawasan yang cerah seperti tempat yang berhampiran dengan tingkap
                      selama tiga hari (Rajah 1.29).
                         Larutan kultur bakteria   Larutan kultur bakteria
                         Bacillus sp. dan agar-agar   Bacillus sp. dan agar-agar
                         nutrien steril           nutrien steril
                                                                             1. Basuh tangan dengan
                                                                              air dan sabun sebelum
                                                                              dan selepas menjalankan
                                 E                        F                   eksperimen.
                                                                             2. Pakai sarung tangan semasa
                                                                              menjalankan eksperimen.
                        Di dalam almari yang gelap   Di kawasan cerah
                                                                             3. Sterilkan semua bahan
                                        Rajah 1.29                            buangan terlebih dahulu
                                                                              sebelum dibuang.
                   5.  Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri E dari almari    4. Rendam semua radas
                      tersebut dan dapatkan piring Petri F yang berhampiran   yang telah digunakan
                      dengan tingkap.                                         dalam disinfektan selepas
                   6.  Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri.   menjalankan eksperimen.
                      Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama
                      ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni
                      yang banyak.

                   Pemerhatian:

                    Piring Petri       Kehadiran cahaya                Bilangan koloni bakteria

                         E                   Tiada
                         F                    Ada


                   Kesimpulan:

                  Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
                   Soalan:
                  Mengapakah piring Petri F tidak diletakkan di bawah sinaran matahari?


                   D  Kesan suhu terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

                   Tujuan:              Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

                   Pernyataan masalah:   Apakah kesan suhu terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?
                   Hipotesis:           Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling pesat pada suhu bilik.


                   24                                                                             1.1.3
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39