Page 14 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 14

1.1   Konsep Kedaulatan
            BAB 1  BAB 1


                  Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas
                  serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara. Kedaulatan
                  negara kita dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemerdekaan
                  Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 pula
                  mengukuhkan serta memantapkan negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat.

                  Takrif Kedaulatan
                  Takrif kedaulatan mengikut bahasa adalah seperti yang berikut:



                                                            Bahasa Yunani
                                                            Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang
                                                            bermaksud agung atau tertinggi. Perkataan ini
                                                            merujuk negara yang bebas dan merdeka.




                                                               Bahasa Inggeris
                                                               Dalam bahasa Inggeris, kedaulatan ialah
                                                               sovereignty yang bermaksud negara mempunyai
                                                               kuasa penuh terhadap pemerintahan.
                          Takrif

                      Kedaulatan
                                                              Bahasa Arab
                                                              Perkataan kedaulatan dalam bahasa Arab
                                                              berasal daripada kata daulah  yang bermaksud
                                                              kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.




                                                              Bahasa Melayu
                   INFORMASI                                  Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang
                                                               bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap
                  Tamadun Yunani merujuk                       pemerintahan negara.
                  Tamadun Greek. Tamadun
                  ini  berkembang antara tahun
                  1000 Sebelum Masihi hingga
                  800 Sebelum Masihi. Greek
                  merupakan salah satu wilayah
                  Greece pada masa ini.
                                                                 Kesimpulannya, kedaulatan merujuk kuasa
                                                             tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan
                                                             pemerintahan negara yang bebas dan merdeka.
                  Apakah takrif kedaulatan dalam
                  bahasa Arab dan bahasa Yunani?


                 4 4 4
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19