Page 18 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 18

BAB 1    1.2    Ciri Negara yang Berdaulat
            BAB 1

                  Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya.
                  Negara kita turut mempunyai ciri yang menjadi identitinya. Ciri negara yang berdaulat ialah
                  mempunyai pemerintahan, mempunyai sempadan, mempunyai perundangan dan mempunyai
                  rakyat yang menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat.
                                                              Mempunyai Pemerintahan


                                                                Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan
                                                                untuk menjaga kestabilan politik, keamanan,
                                                                pertahanan dan ekonomi. Pemerintahan ini
                                                                dijalankan secara teratur. Malaysia sebagai
                                                                sebuah negara persekutuan mengamalkan
                                                                sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
                                                                Berparlimen. Ketua Utama Negara ialah Yang
                  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka      di-Pertuan Agong. Ketua Kerajaan ialah Perdana
                  Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI dan Kebawah   Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.
                  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja
                  Permaisuri Agong bersemayam di atas singgahsana.
                  Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia.
                  Mempunyai Sempadan

                  Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara. Malaysia merupakan negara yang
                  berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran, iaitu Singapura, Thailand, Indonesia,
                  Brunei  dan  Filipina.  Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa, khasnya PBB.
                  Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan
                  ekonomi negara kita.




                                                                                             FILIPINA

                   INFORMASI
                                                                THAILAND
                  Raja Berperlembagaan
                                                                          LAUT CHINA SELATAN
                  Raja Berperlembagaan bermaksud
                  pemerintahan   beraja  mengikut                                     BRUNEI
                                                                                    DARUSSALAM
                  peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
                                                                       M A L A Y S I A
                  Terdapat  tiga  Institusi  Beraja
                                                                       SINGAPURA
                  yang disebut dalam Perlembagaan
                  Persekutuan, iaitu Yang di-Pertuan
                  Agong pada peringkat Persekutuan,                  I N D O N E S I A
                  Institusi Beraja pada peringkat negeri dan   Petunjuk
                  Majlis Raja-Raja.
                                                                       Sempadan antarabangsa
                  Demokrasi Berparlimen
                  Demokrasi Berparlimen bermaksud     Peta menunjukkan sempadan Malaysia dengan negara jiran
                  demokrasi yang dijalankan secara    di Asia Tenggara.
                  perwakilan melalui proses pilihan raya.  Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka.

                 8 8 8
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23