Page 16 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 16

Jenis Kedaulatan
            BAB 1  BAB 1  Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Setiap

                  negara mempunyai hak untuk menentukan bentuk dan jenis kedaulatan yang diamalkannya.
                  Terdapat beberapa jenis kedaulatan seperti kedaulatan tradisional, kedaulatan moden, kedaulatan
                  undang-undang dan kedaulatan antarabangsa.



                  Kedaulatan Tradisional

                  Kedaulatan tradisional merujuk sistem pemerintahan
                  berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya
                  segala urusan negara. Kedaulatan ini wujud
                  sejak tamadun awal manusia. Kedaulatan
                  negara kita pula berpaksi pada kedaulatan
                  Raja-raja Melayu. Kedaulatan terletak pada
                  kekuasaan dan kewibawaan raja. Raja
                  merupakan pemerintah yang mempunyai
                  kuasa tertinggi. Kedudukan dan kedaulatan
                  raja diperkukuh oleh taat setia rakyat.




                                     Replika Istana Kesultanan
                                     Melayu Melaka di Melaka.
                                     Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka.



                  Kedaulatan Moden



                                                        Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan
                                                           negara bangsa selepas Revolusi Keagungan
                                                             di England dan Revolusi Perancis. Kedaulatan
                                                              juga dikaitkan  dengan hak rakyat dan kerajaan
                                                               berperlembagaan. Selepas Perang Dunia
                                                                Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan
                                                                nasionalisme yang menggunakan unsur
                                                                 persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk
                                                                 membentuk negara bangsa masing-masing.
                                                                 Kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara
                                                                bangsa pula lahir hasil gabungan negeri yang
                                                                dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu
                                                               1957 dan Persekutuan Malaysia 1963.




                                                    Istana Negara di Kuala Lumpur.
                                                    Sumber: Istana Negara.

                 6 6
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21