Page 152 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 152

Memperkasakan Perpaduan dan Integrasi Nasional

                  Sejak mencapai kemerdekaan, usaha memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional telah
                  dilaksanakan secara konsisten oleh kerajaan dan berterusan sehingga hari ini. Usaha ini merangkumi
                  bidang politik, ekonomi dan sosial.

                    Politik

                     •   Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara yang terletak di bawah bidang kuasa MAGERAN.
                       Jabatan ini berperanan mendraf satu ideologi untuk negara yang dikenali sebagai Rukun Negara.
                     •   Mewartakan pembentukan Majlis Muhibah Negara pada 18 Julai 1969. Majlis ini bertujuan

                       menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
                     •   Menubuhkan Majlis Perundingan Negara pada 29 Januari 1970. Majlis ini ditubuhkan untuk
                       mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional antara negeri
                       dengan wilayah. Selain itu, majlis ini juga bertujuan memupuk identiti kebangsaan dalam
                       kalangan rakyat.
                     •   Membentuk gabungan parti politik pelbagai kaum untuk mewujudkan keharmonian dan
                       kestabilan politik selepas peristiwa 13 Mei 1969.
                     •   Menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri. Penyelarasan ini mewujudkan
                       integrasi antara negeri.













            BAB 7













                  Tun Abdul Razak Hussein berucap dalam perhimpunan Barisan Nasional dengan disertai oleh ketua parti
                  gabungan.
                  Sumber: Tun Abdullah Mohd Salleh (pengerusi), 2006. Tun Abdul Razak: Potret dalam Kenangan. Kuala Lumpur: Lembaga
                  Pemegang Amanah Yayasan Tun Abdul Razak dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


                    INFORMASI

                  Kerjasama politik parti pelbagai kaum sudah bermula sebelum merdeka. Pada bulan Oktober 1954,
                  Parti Perikatan ditubuhkan untuk menyertai  pilihan raya tahun 1955 dan menuntut  kemerdekaan.
                  Pada 1 Januari 1973 pula, Barisan Nasional ditubuhkan sebagai pengganti kepada Parti Perikatan.

                142
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157