Page 155 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 155

Laporan Rahman Talib

                    Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Abdul Rahman





                    Talib pad  tahun 1960 untuk menyemak semu  dan
                    mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
                    Laporan  jawatankuasa  ini  menjadi  asas penggubalan
                    Akta Pelajaran 1961 dan penyemakan Dasar Pendidikan
                                                                         Abdul Rahman
                    Kebangsaan seterusnya.
                                                                                 Talib.
                        Laporan Rahman Talib masih mengekalkan teras       Sumber: Arkib
                    sistem pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan   Negara Malaysia.
                    dan integrasi.
                    •  Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
                      pada semua peringkat pendidikan. Penggunaan bahasa
                      yang seragam dapat mewujudkan perpaduan.
                    •  Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
                      negara kita bagi semua jenis sekolah. Kurikulum yang
                      berorientasikan negara mewujudkan perasaan cinta
                      akan negara.
                        Laporan Rahman Talib mencadangkan beberapa
                    cadangan  tambahan  kepada  Penyata  Jawatankuasa
                    Pelajaran 1956. Cadangan tambahan ini bertujuan
                    memperkukuh semangat kekitaan dan kebersamaan dalam   Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
                    kalangan murid pelbagai kaum ke arah perpaduan.    Pendidikan yang dipengerusikan oleh Abdul
                                                                       Rahman Talib (duduk dua dari kiri).
                    •  Penekanan  kepada  mata  pelajaran  Sejarah     Sumber: Arkib Negara Malaysia.
                      untuk  menanam   perasaan cinta  dan kesetiaan
                      terhadap negara.
                    •  Mewajibkan  mata  pelajaran Tatarakyat  untuk          Membuat Interpretasi
                      membentuk sikap bertoleransi, bekerjasama dan                                             BAB 7
                      persefahaman antara kaum.                        Bagaimanakah sistem kurikulum yang sama
                                                                       dapat memupuk semangat perpaduan?

                    Kajian Aminuddin Baki
                                                                       INFORMASI
                    Laporan Rahman Talib kemudian dibuat penambahbaikan
                    dan dilaksanakan sepenuhnya melalui Kajian Aminuddin   AMINUDDIN BAKI
                    Baki, iaitu:                                                    Aminuddin Baki merupakan
                     •  Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan            Ketua Penasihat Pendidikan
                       untuk menampung pelajar yang gagal  memasuki                 Malaysia (kini dikenali
                       sekolah menengah akademik.                                   sebagai  Ketua  Pengarah
                     •  Memperkenalkan kursus kemahiran untuk melahirkan            Pendidikan) yang paling
                       tenaga kerja mahir yang melibatkan pelbagai kaum             muda, iaitu ketika berusia
                       serta persediaan memenuhi permintaan pasaran kerja.          36 tahun. Beliau memainkan
                     •  Mewujudkan sekolah kebangsaan yang menggabungkan   peranan menyusun Dasar Pelajaran
                                                                       Kebangsaan melalui Penyata Jawatankuasa
                       semua kaum untuk memupuk perpaduan.
                                                                       Pelajaran 1956 pada tahun 1956 dan Laporan
                                                                       Rahman Talib pada tahun 1960.

                                                                                                        145
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160