Page 177 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 177

Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

                    Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan
                    strategi bersifat serampang dua mata.

                                            Strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB)






                          Membasmi kemiskinan dengan                      Menyusun semula masyarakat untuk
                          menambahkan pendapatan                          mengurangkan dan menghapuskan
                          dan memperbanyak peluang                        pengenalan kaum mengikut fungsi
                          pekerjaan kepada rakyat tanpa                   ekonomi.
                          mengira kaum.

                    Terdapat isu yang berkaitan dengan rancangan membasmi kemiskinan dan penyusunan semula
                    masyarakat semasa DEB dilancarkan.

                                                      Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan
                                                      bumiputera.


                                                      Jurang sosioekonomi antara pantai timur dengan pantai barat.
                               Isu
                          Sosioekonomi
                                                      Jurang sosioekonomi antara masyarakat desa dengan bandar.




                                                      Jurang sosioekonomi antara negeri.



                                                   Meneroka Bukti

                                                         “Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan   BAB 8
                                                         menyusun semula masyarakat dengan memberikan peluang
                                                         kepada rakyat berbilang bangsa untuk menikmati kemakmuran
                                                         negara dengan lebih adil dan saksama.”
                                                         Petikan ucapan Tun Abdul Razak Hussein ketika pelancaran
                                                         Dasar Ekonomi Baru.
                                                         Sumber: Arkib Negara Malaysia.
                                             Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat boleh
                                             mewujudkan perpaduan kaum. Buktikan.





                                             Nyatakan strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat DEB.

                                                                                                        167
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182