Page 181 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 181

Skim peneroka FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu bumiputera. Kaum Cina dan
                    India juga diberi peluang oleh FELDA untuk menjadi peneroka. Terdapat beberapa buah FELDA
                    yang menerima peneroka pelbagai kaum seperti di Felda Lurah Bilut (Pahang), Felda Keratong
                    (Pahang) dan Felda Sendayan (Negeri Sembilan).


























                                 Tun Abdul Razak Hussein (dua dari kiri) meninjau perkembangan tanaman
                                 pokok getah di Felda Lurah Bilut, Pahang.
                                 Sumber: Arkib Negara Malaysia.
                    Pembangunan Wilayah

                    Program pembangunan wilayah dijalankan dengan pembukaan tanah untuk industri getah dan kelapa
                    sawit.
                      •   Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
                      •  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
                      •   Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).
                      •   Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
                        Urban Development Authority (UDA) atau dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar
                    ditubuhkan pada tahun 1971 yang berperanan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan
                    bandar baharu. Antaranya termasuklah pembukaan bandar baharu dan kawasan perindustrian



                    di  Bandar T  Hussei  O  (Cheras) da  Bandar Bar  Uda  (Skudai).                            BAB 8
                                                                       INFORMASI

                                                                     Lurah Bilut di Bentong, Pahang telah dipilih
                                                                     oleh FELDA sebagai rancangan pembangunan
                                                                     tanah secara berkelompok yang pertama
                                                                     ditubuhkan pada tahun 1957. Pada peringkat
                                                                     awal, bilangan peneroka terdiri daripada kaum
                    Lembaga Kemajuan Johor Lembaga Kemajuan Kelantan   Melayu seramai 400 orang, kaum Cina 169
                    Tenggara (KEJORA).      Selatan (KESEDAR).       orang dan kaum India seramai 47 orang. Semua
                    Sumber: http://www.kejora.  Sumber: http://www.kesedar.  kerja pembinaan rumah dan penanaman getah
                    gov.my/. Dicapai pada   gov.my/. Dicapai pada    dilakukan secara bergotong-royong.
                    5 November 2020.        5 November 2020.
                                                                                                        171
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186