Page 185 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 185

Objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

                    Objektif DPN adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan memperkukuh
                    kestabilan sosial  dan politik serta  mengekalkan pembangunan ekonomi  yang berterusan.  DPN
                    menetapkan langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf  negara yang maju dalam semua
                    aspek seperti keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan
                    pentadbiran kerajaan serta kecemerlangan ekonomi.

                    Strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
                    Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menggunakan beberapa strategi yang merangkumi bidang


                    ekonomi,  sosia  serta pembanguna  kemudaha  fizika    meneruska  usaha membasmi
                    kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.



                    Ekonomi

                     •  Pelibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan
                        ekonomi negara.
                     •  Melaksanakan program penanaman semula.
                     •  Penggunaan sains dan teknologi.
                     •  Meningkatkan pemilikan saham bumiputera.  Penggunaan teknologi moden meningkatkan kualiti
                                                                 dan hasil pertanian.



                    Sosial

                     •  Memberikan  insentif  serta  kemudahan
                        pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin
                        tanpa mengira kaum.
                     •  Mewujudkan masyarakat perdagangan dan
                        perindustrian bumiputera.
                     •  Membentuk  masyarakat  yang  berdisiplin
                       dan progresif.                            Pembelajaran tradisional berubah ke arah pembelajaran
                                                                 digital atau e-pembelajaran.                   BAB 8


                    Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar

                     •  Menyediakan dan menambah baik kemudahan
                        asas.
                     •  Pembangunan  mapan  tanpa  mengabaikan
                       alam sekitar.



                                                                 Dasar Pembangunan Nasional turut memberikan
                                                                 tumpuan terhadap penggunaan teknologi hijau.

                                                                                                        175
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190