Page 188 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 188

Penyusunan Semula Modal Saham

                  Penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat terus dilaksanakan di bawah DPN. Langkah
                  ini dibuat supaya bahagian saham kaum bumiputera dapat dipertingkatkan selaras dengan matlamat
                  asal DEB bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan
                  sektor moden. Tindakan akan diambil melalui program penswastaan bagi memperuntukkan sejumlah
                  saham untuk projek yang diswastakan kepada bumiputera. Penswastaan syarikat perniagaan milik
                  agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera seperti yang berikut:
                     •   Majlis Amanah Rakyat (MARA).
                     •   Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
                     •   Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
                    Pada masa yang sama, kaum bukan bumiputera diberi peluang untuk menyertai projek penswastaan.


























                  Bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor.
                  Sumber: www.pkns.gov.my/. Dicapai pada 21 Julai 2020.




            BAB 8  Saham  ialah pegangan  hak  milik  syarikat  dalam
                  bentuk ekuiti.


                  INFORMASI
                  Dasar penswastaan dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir
                  Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada
                  bulan Mac  1983. Dasar ini bertujuan meningkatkan
                  produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan.
                  Penswastaan mempercepat  pembangunan ekonomi
                  negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta.                         Bangunan
                                                                                             MARA, Kuala
                                                                                             Lumpur.
                  Cari maklumat daripada pelbagai sumber berkaitan                           Sumber: Dewan
                  dengan agensi kerajaan yang terlibat dalam dasar                           Bahasa dan
                  penswastaan. Bentangkan pendapat anda di dalam kelas.                      Pustaka.

                178
                178
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193