Page 192 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 192

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
                  Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera diwujudkan melalui DEB dan DPN yang
                  bergiat dalam pelbagai bidang ekonomi.
                     •   Golongan  ini  membentuk  kelas  bumiputera  komersial  yang  melibatkan  diri  dalam
                       sektor korporat.
                     •   Muncul tokoh bumiputera dalam bidang perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat, pemilik
                       pelabuhan dan usahawan muda.
                     •   Kemunculan golongan ini turut memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan
                       miskin dengan tawaran pekerjaan dalam syarikat dan industri yang dimiliki oleh golongan ini.














                   Tan Sri Mohd Effendi   Tan Sri Azman Hashim  Tan Sri Syed Mokhtar   Tan Sri Mustapha
                         Norwawi           Tokoh Perbankan.         al-Bukhari             Kamal
                      Ahli Perniagaan.                            Tokoh Korporat.      Tokoh Hartanah.

                  Pembangunan Pendidikan

                  Pembangunan pendidikan berlaku seiring dengan pembangunan ekonomi. Pembangunan ekonomi
                  memerlukan tenaga kerja mahir yang berpendidikan.
                     •   Selepas tahun 1990, berlaku  pertumbuhan institusi pendidikan di bawah kelolaan pihak kerajaan
                       dan swasta.
                     •   Pada masa yang sama, muncul graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal.
                     •   Kebolehan dalam bidang ini amat diperlukan kerana permintaan yang tinggi dalam bidang
                       perindustrian dan k-ekonomi.
                     •   Pendidikan tinggi juga memperbaik taraf hidup rakyat Malaysia.

            BAB 8


















                  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan antara pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan
                  kursus dalam bidang sains, teknologi dan teknikal.

                182
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197