Page 52 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 52

3.2   Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja


                  Majlis Raja-Raja yang bermula dengan pembentukan Durbar merupakan sebahagian daripada
                  institusi Raja Berperlembagaan di negara kita. Majlis Raja-Raja mempunyai kedudukan dan
                  peranan dalam pemerintahan negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.


                  Pembentukan Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

                  Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan NNMB. Durbar dalam negeri-negeri
                  ini berperanan sebagai sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor,
            BAB 3  BAB 3  Pahang dan Negeri Sembilan untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                  dengan pihak British.

























                  Majlis jamuan teh semasa persidangan Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.
                  Sumber: Arkib Negara Malaysia.



                   INFORMASI
                  Durbar membawa maksud
                  perjumpaan atau persidangan
                  umum yang diadakan oleh Raja
                  Melayu dengan British.
                  Keahlian Durbar NNMB
                  Durbar dipengerusikan oleh
                  Pesuruhjaya Tinggi British.
                  Ahlinya terdiri daripada:
                     •  Raja-raja Melayu (Perak,
                       Selangor, Negeri Sembilan
                       dan Pahang).
                     •  Residen British di NNMB.
                     •  Setiausaha NNMB.         Persidangan Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.
                                                 Sumber: Arkib Negara Malaysia.

                 42
                 42
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57