Page 53 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 53

Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union
                                                                              INFORMASI
                    Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan
                    penubuhan Majlis Sultan-Sultan (The Council of Sultans).  Keanggotaan Majlis Sultan-
                    Di bawah The Malayan Union Order in Council 1946,        Sultan Malayan Union
                    Majlis Sultan-Sultan dipengerusikan oleh Gabenor Malayan    •  Gabenor  Malayan  Union
                    Union. Ahli majlis terdiri daripada sembilan orang Raja       (Pengerusi).
                    Melayu dan tiga pegawai kanan British.                      •  Sembilan orang Raja Melayu.
                                                                                •  Ketua Setiausaha Malayan
                        Antara fungsi Majlis Sultan-Sultan termasuklah
                                                                                  Union, Penasihat Undang-
                    membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama
                                                                                  undang dan Setiausaha
                    Islam dan menasihati Gabenor tentang perkara yang
                                                                                  Kewangan.
                    dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu.                                                         BAB 3
                        Walau bagaimanapun, majlis tersebut tidak pernah
                                                                                                                BAB 3
                    diwujudkan dalam tempoh Malayan Union kerana Raja-raja
                    Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union.


                    Majlis Raja-Raja Semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948

                    Majlis Raja-Raja ditubuhkan  secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu
                    dibentuk menggantikan Malayan Union. Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
                    Majlis Raja-Raja menjadi institusi yang dilengkapi dengan kuasa dan sekretariat, sesuai dengan
                    kedudukan dan peranannya.
                        Majlis Raja-Raja diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu. Pengerusi mesyuarat ditentukan
                    oleh Raja-raja Melayu dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu. Persidangan Majlis Raja-Raja
                    perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk memeterai keputusan persidangan.
                    Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi
                    British tentang penggubalan undang-undang dan dasar Kerajaan Persekutuan.














                                                                             Dengan menggunakan pelbagai
                                                                             sumber, cari maklumat berkaitan
                                                                             dengan Durbar.


                                                                                     Membuat Interpretasi

                    Raja-raja Melayu bergambar semasa majlis menandatangani   Mengapakah Majlis Raja-Raja
                    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.                dalam Persekutuan Tanah Melayu
                    Sumber: Arkib Negara Malaysia.                           1948 menjadi institusi khas untuk
                                                                             Raja-raja Melayu?


                                                                                                         43
                                                                                                         43
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58