Page 55 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 55
BAB 3
Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) Sempena Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat BAB 3
Sumpah Jawatan dan Surat Perisytiharan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara,
Kuala Lumpur pada Januari 2019.
Sumber: Istana Negara.
2
Bersetuju atau tidak bersetuju
sebarang undang-undang yang
memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja.
INFORMASI
3
Memberikan nasihat berkaitan Antara pelantikan yang memerlukan rundingan
dengan Majlis Raja-Raja termasuklah pelantikan
dengan pelantikan jawatan
Ketua Audit Negara, Ketua Hakim Negara,
tertentu.
hakim Mahkamah Atasan, Pengerusi dan ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya.
4 Menjadi rujukan dalam perubahan dasar
berhubung dengan kedudukan istimewa orang
Melayu, bumiputera di Sarawak dan Sabah
dan kepentingan sah kaum lain.
Majlis Raja-Raja merupakan institusi beraja di Malaysia. Berdasarkan peruntukan
Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan sebagai pengimbang dalam
sistem demokrasi melalui dua cara, iaitu hak untuk dirundingi dalam beberapa pelantikan penting
dan hak untuk membincangkan hal berhubung dengan dasar negara.
Kita sewajarnya menghargai peranan Majlis Raja-Raja dalam memakmurkan negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dengan institusi ini kerana tidak wujud institusi
sepertinya pada hari ini di negara lain.
45
45

