Page 12 - PowerPoint Presentation
P. 12

Undang-undang tersebut diperkenalkan bagi menjamin


         pemerintahan berjalan dengan lancar dan cekap. Di dalam undang-


         undang ini, mengandungi bidang kuasa raja dan peranan pembesar.


         Ia bertujuan untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan



         Kesultanan Melayu Melaka. Impak daripada perlaksaan undang-


         undang ini membolehkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


         menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan pantai Timur Sumatera.



                        Selain                itu,         undang-undang                                 tersebut                  diperkenalkan                            bagi


         menjamin keamanan Melaka. Sehubungan dengan itu, diwujudkan


         jawatan Temenggong yang berperanan menjaga keselamatan kota



         Melaka, manakala jawatan Laksamana diwujudkan bagi menjaga


         keamanan dan keselamatan perairan Melaka. Hasilnya, aktiviti


         perdagangan di Melaka berjalan dengan pesat dan dapat menarik


         lebih ramai pedagang dari luar untuk datang berdagang ke Melaka
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17