Page 14 - PowerPoint Presentation
P. 14

c. Nyatakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka





                        Ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah Kerajaan. Kerajaan muncul disebabkan oleh

         adanya raja. Raja pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar. Selain itu, ciri negara bangsa Kesultanan

         Melayu Melaka ialah adanya rakyat. Rakyat menumpahkan kesetiaan kepada Sultan dan mematuhi undang-

         undang yang dikuatkuasakan. Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.

                       Seterusnya, ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah kedaulatan. Kedaulatan jalah

         lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan dan merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan

         wilayahnya. Contohnya, kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada
         campur tangan kuasa asing.

                       Selain itu, ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah wilayah pengaruh. Wilayah pengaruh

         merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. Kesultanan Melayu Melaka

         mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai

         timur Sumatera.

                       Seterusnya, ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah undang-undang. Terdapat dua

         undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-

         Undang Laut Melaka. Undang-undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat serta
         menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul.

                       Akhir sekali, ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah lambang kebesaran. Ia merupakan

         identiti dan keistimewaan Sultan Melaka. Lambang kebesaran menjadi simbol kedaulatan sultan yang

         memerintah. Antara contoh lambang kebesaran termasuklah adat istiadat, penggunaan warna dan nobat
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19