Page 17 - PowerPoint Presentation
P. 17
Mengapakah institusi beraja di negara kita perlu dipertahankan? 3m
F1 Menjadi payung rakyat
F2 Menjamin kesejahteraan rakyat
F3 Memastikan perpaduan rakyat
F4 Menjamin kestabilan politik
F5 Bertanggungjawab terhadap kemakmuran negara
Institusi beraja di negara kita perlu dipertahankan kerana ia menjadi payung rakyat.
Masalah yang dihadapi oleh rakyat sekiranya tidak mendapat perhatian daripada eksekutif
boleh diadukan kepada YDPA.
Selain itu, institusi beraja di negara kita perlu dipertahankan kerana dapat menjamin
kesejahteraan rakyat kerana Raja merupakan harapan untuk mendapatkan pembelaan dan
perlindungan.
Seterusnya, institusi beraja di negara kita perlu dipertahankan kerana ia
berkeupayaan untuk memastikan perpaduan rakyat lebih-lebih lagi negara kita yang terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum.
Seterusnya, institusi beraja di negara kita perlu dipertahankan kerana dapat
menjamin kestabilan politik. Sekiranya berlaku ketegangan politik dalam kalangan ahli
poltik, Institusi beraja boleh menjadi orang tengah menyelesaikan masalah.

