Page 78 - PowerPoint Presentation
P. 78
Seterusnya, Gerald Templer menawarkan Hadiah Wang Tunai kepada
penduduk yang dapat menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila
komunis.
Gerald Templer juga berusaha memenangi kepercayaan 0rang Asli
supaya mereka menyokong kerajaan menghapuskan komunis. Beliau
mendirikan 14 kubu menyediakan kemudahan barangan keperluan harian,
perubatan, pendidikan dan perlindungan kepada orang Asli.
Selain itu, Gerald Templer memajukan perkhidmatan penerangan.
Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan
membanteras komunis.
Akhir sekali, beliau telah memperkenalkan Kawasan Hitam dan
Kawasan Putih. Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis
yang aktif dan dikenakan perintah berkurung manakala Kawasan putih ialah
kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.

