Page 80 - PowerPoint Presentation
P. 80
Zaman darurat menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat
kerana kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis. Hal ini
menyebabkan kegiatan ekonomi negara terjejas. Di samping itu, pengeluaran tanaman
padi dan makanan lain semakin berkurangan.
disebabkan harga barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi.
Peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong mengalami kesukaran.
Mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang dan bekalan
makanan. Kegagalan merkea memenuhi tuntutan komunis menyebabkan kemusnahan
pada lombong, ladang dan kedai serta mengancam nyawa.
kerana rakyat menghadapi kesukaran bergerak dan memperoleh bekalan
keperluan. Mereka terpaksa mematuhi pelbagai peraturan yang dikenakan oleh kerajaan.
Rakyat juga tidak dapat menjalankan kegiatan harian selesa.
Ramai pekebun dan pekerja lombong tidak dapat bekerja ini disebabkan perintah
berkurung dikenakan kepada mereka. Mereka juga dikenakan catuan bekalan makanan
dikenakan oleh kerajaan. Impak daripada tindakan kerajaan ini, rakyat bergantung kepada
makanan seperti ubi kayu, keledek dan jagung

