Page 82 - PowerPoint Presentation
P. 82
Pada zaman darurat membantutkan perkembangan ekonomi negara
kerana telah meningkatkan kos perbelanjaan pihak British terutama yang
melibat pasukan keselamatan. Anggaran purata kos darurat ialah sebanyak $250
ribu hingga $300 ribu sehari semasa darurat. Kerajaan terpaksa membelanjakan
lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun digunakan untuk membanteras
ancaman komunis. Contohnya seperti menampung perbelanjaan membeli senjata
untuk menghadapi ancaman komunis. Impak daripada ini telah menyebabkan
usaha untuk membangunkan negara terbantut dan terjejas.
Di samping itu, kerajaan membelanjakan kos yang besar untuk
menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan. Penduduk
pinggir hutan dipindahkan ke kawasan Kampong Baru untuk memastikan mereka
terselamat daripada ancaman komunis serta mengelakkan mereka memberi
bantuan kepada komunis. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, perbelanjaan
kerajaan dianggarkan lebih $7 juta untuk pembangunan di Kampung Baru.

