Page 91 - PowerPoint Presentation
P. 91
b. Pada pandangan anda, apakah kepentingan Sistem Ahli Ke arah kemerdekaan?
4 markah
Kalau soalan Kbat
Kepentingan Sistem Ahli Ke arah kemerdekaan ialah menyediakan asas penting
untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Impaknya apabila mencapai
kemerdekaan mereka telah terbiasa menjalankan urusan pentadbiran kerajaan dan
menjadikan urusan kerajaan berjalan dengan lancar dan sistematik.
Selain itu ia penting kerana memberikan pendedahan kepada penduduk
tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan.
Apabila mencapai kemerdekaan mereka dapat mentadbir dengan cekap sekaligus
Seterusnya, sistem Ahli penting dalam proses memupuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan
pemimpin pelbagai kaum seperti Melayu India dan China. Hal ini yang demikian,
memudahkan urusan untuk mendapat kemerdekaan daripada British kerana wujud
suasana aman dan harmoni serta mendapat sokongan padu daripada masyarakat
berbilang kaum

