Page 95 - PowerPoint Presentation
P. 95
c.ii Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kebaikan yang boleh dinikmati oleh
penduduk Persekutuan Tanah Melayu melalui pelaksanaan Sistem Ahli?
6 markah
Kebaikan yang boleh dinikmati oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu
melalui pelaksanaan Sistem Ahli ialah mendapat latihan untuk mentadbir Tanah
Melayu. Dengan pengalaman mentadbir membolehkan urusan pentadbiran negara akan
berjalan dengan lancar dan cekap apabila negara mencapai kemerdekaan.
Apa yang penting kebaikan yang boleh dinikmati oleh penduduk Persekutuan
Tanah Melayu ialah dapat menerajui sendiri pemerintahan Tanah Melayu. Memerintah
negara sendiri adalah merupakan harapan dan cita-cita setiap warganegara.
Seterusnya, kebaikan yang boleh dinikmati oleh penduduk Persekutuan Tanah
Melayu melalui pelaksanaan Sistem Ahli ialah dapat mewujudkan perpaduan kaum. Hal
ini yang demikian kerana, ahli yang dilantik mewakili setiap kaum di Tanah Melayu. Oleh
itu, apabila kita mencapai kemerdekaan akan mewujudkan semangat persefahaman yang
utuh dalam kalangan warganegara dan akan sanggup mempertahankan kemerdekaan
negara daripada ancaman musuh negara.

