Page 93 - PowerPoint Presentation
P. 93
c.i Pada pandangan anda, mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli dapat memupuk
perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu? 6 markah
Pelaksanaan Sistem Ahli dapat memupuk perpaduan kaum di
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu kerana melatih penduduk
tempatan menerajui pemerintahan Tanah Melayu (F). Ini adalah kerana Ahli
yang dilantik mewakili masyakat berbilang kaum (H). Secara tidak langsung
dapat memupuk perpaduan semasa menjalankan tugas pentadbiran (H).
Implikasinya, hubungan antara kaum akan menjadi semakin erat dan
seterusnya akan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu (Inferens).
Contohnya, Dato'Onn Jaafar, Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri, E.E.C.
Thuraisingham, Ahli Pelajaran dan Lee Tiang Keng, Ahli Kesihatan (C).

