Page 11 - EXEMPLAR BM TAHAP 1
P. 11

KATA PENGANTAR


                                    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


                                    Anjakan tiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu untuk melahirkan rakyat yang
                                    menghayati nilai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberikan penekanan kepada pembangunan
                                    manusia secara holistik. Sehubungan dengan itu, pendidikan sivik dilaksanakan secara bersepadu dan holistik bukan
                                    sahaja dalam mata pelajaran tetapi turut dilaksanakan menerusi perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan pelbagai
                                    program sekolah mulai Jun 2019. Pelaksanaan pendidikan sivik dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran akan
                                    menggunakan modul exemplar yang menjadi panduan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


                                    Modul exemplar pendidikan sivik dibina berdasarkan empat nilai teras sivik iaitu kasih sayang, hormat-menghormati,
                                    bertanggungjawab dan kegembiraan. Modul exemplar yang disediakan ini perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru mata
                                    pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam waktu mata pelajaran masing-masing. Selain itu,
                                    pelibatan pihak luar dan pelbagai agensi seperti ibu bapa dan anggota masyarakat dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam kalangan
                                    murid dan memastikan kesinambungan amalan nilai dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat
                                    melahirkan warganegara yang mampu memainkan peranan, mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab bermula dari prasekolah
                                    sehingga ke sekolah menengah.



                                    Usaha penghasilan modul exemplar ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak. Kepada semua pihak yang
                                    terlibat, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

                                    Sekian.

                                    Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR
                                    Pengarah
                                    Bahagian Pembangunan Kurikulum
                                    Kementerian Pendidikan Malaysia



                                                                                                     ix
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16