Page 11 - EXEMPLAR BI TAHAP 2
P. 11

KATA PENGANTAR



                                  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


                                  Anjakan tiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu untuk melahirkan rakyat yang
                                  menghayati  nilai  selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  memberikan  penekanan  kepada  pembangunan
                                  manusia secara holistik. Sehubungan dengan itu, pendidikan sivik dilaksanakan secara bersepadu dan holistik bukan
                                  sahaja dalam mata pelajaran tetapi turut dilaksanakan menerusi perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan pelbagai

                                  program sekolah mulai Jun 2019. Pelaksanaan pendidikan sivik dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran akan
                                  menggunakan modul exemplar yang menjadi panduan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


                                  Modul exemplar pendidikan sivik dibina berdasarkan empat nilai teras sivik iaitu kasih sayang, hormat-menghormati,
                                  bertanggungjawab dan kegembiraan. Modul exemplar yang disediakan ini perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru mata pelajaran
                                  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah dalam waktu mata pelajaran masing-masing. Selain itu,
                                  pelibatan pihak luar dan pelbagai agensi seperti ibu bapa dan anggota masyarakat dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam k alangan
                                  murid dan memastikan kesinambungan amalan nilai dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat
                                  melahirkan warganegara yang mampu memainkan peranan, mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab bermula dari prasekolah
                                  sehingga ke sekolah menengah.



                                  Usaha penghasilan modul exemplar ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak. Kepada semua pihak yang
                                  terlibat, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
                                  Sekian.


                                  Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR
                                  Pengarah
                                  Bahagian Pembangunan Kurikulum

                                  Kementerian Pendidikan Malaysia

                                                                                                   ix
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16