Page 16 - EXEMPLAR BI TAHAP 2
P. 16

Literasi sivik dan amali sivik dijadikan asas dalam pendidikan sivik. Literasi Sivik merangkumi tiga elemen, iaitu pengetahuan kewarganegaraan

                                   (pengetahuan), karakter atau sikap kewarganegaraan (sosioemosi) dan keterampilan kewarganegaraan (tindakan) yang diterjemahkan dalam
                                   kurikulum seperti berikut:
                                   1.   Pengetahuan Kewarganegaraan


                                         Merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang warganegara khususnya pengetahuan tentang hal ehwal
                                        raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, pentadbiran dan kerajaan, masyarakat sivil, hak asasi manusia, perlembagaan dan
                                        undang-undang negara. Melalui pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak dan tanggungjawab bagi menjadikan
                                        mereka berfikiran lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran serta boleh berfungsi dalam sistem
                                        sosiopolitik.

                                   2.    Karakter atau Sikap Kewarganegaraan


                                        Karakter atau sikap kewarganegaraan adalah kemahiran yang diperlukan untuk mengenali dan menguruskan emosi, membuat keputusan
                                        secara bertanggungjawab berdasarkan pertimbangan sivik, prihatin serta membina hubungan kasih sayang secara positif. Melalui
                                        sosioemosi sivik, setiap warganegara mampu menangani situasi yang mencabar secara rasional serta boleh menyesuaikan diri dalam
                                        kepelbagaian masyarakat.

                                   3.      Keterampilan Kewarganegaraan


                                        Keterampilan  kewarganegaraan adalah individu yang mampu melaksanakan  hak-hak         kewajipannya sebagai warganegara,
                                        bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Melalui tindakan sivik, setiap warganegara berupaya
                                        untuk menyokong dan menyumbang melalui aktiviti kemasyarakatan,  pembangunan negara
                                        serta mampu memberi respons perkara-perkara berkaitan dengan masyarakat, negara dan
                                        global.











                                                                                                   4
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21