Page 15 - EXEMPLAR BI TAHAP 2
P. 15

KERANGKA PENDIDIKAN SIVIK

                                   Pendidikan sivik dilaksanakan secara holistik berfokus kepada pembentukan perwatakan murid melalui nilai teras iaitu kasih sayang, hormati-
                                   menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam konteks diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Pendidikan sivik
                                   menfokuskan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang dapat mendidik murid untuk berfikir, berilmu, beretika serta hidup dalam
                                   semangat perpaduan dan cinta akan negara. Literasi sivik membekalkan murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan
                                   untuk pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. Amali sivik dihayati melalui amalan dalam kehidupan harian yang dikembangkan
                                   menerusi aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Kedua-dua aspek ini membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
                                   dalam kehidupan harian serta memberi sumbangan kepada masyarakat. Hasrat ini digambarkan dalam Rajah 1 di bawah.








































                                                                                        Rajah 1: Kerangka Pendidikan Sivik

                                                                                                   3
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20