Page 191 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 191

Jawab soalan yang berikut.

             1.  Berikan definisi tapai ubi kayu.
             2.  Senaraikan bahan yang digunakan untuk memproses tapai ubi kayu.

             3.  Berikut merupakan sebahagian alatan yang digunakan dalam pemprosesan tapai ubi kayu. Berikan
                fungsi setiap alatan tersebut di ruang jawapan yang disediakan.

                 (a)  Plastik:
                 (b)  Penapis:
                 (c)  Penimbang digital:

             4.  Nyatakan dua jenis pembungkusan tradisional yang sesuai untuk tapai ubi kayu.
             5.  Berdasarkan jadual di bawah, hitungkan

                                                 Bahan                 Kuantiti             Harga (RM)

                         Kos bahan               Ubi kayu                1 kg                  4.50
                                                  Ragi                   2 g                   0.50
                          Kos upah                                     RM 4.00
                        Kos overhed                                    RM 1.00

                                       Formulasi ini menghasilkan 1300 g tapai ubi kayu.

                 (i)  Kos bahan untuk menghasilkan 1300 g tapai ubi kayu.
                 (ii)  Kos projek bagi 1300 g tapai ubi kayu.
                 (iii) Harga jualan 1300 g tapai ubi, sekiranya anda ingin memperoleh keuntungan sebanyak 20%.
                 (iv) Cadangkan dua cara untuk meningkatkan keuntungan jualan tapai ubi kayu.

             6.      Jadual berikut menunjukkan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 3 kg tapai ubi kayu.   KBAT

                   Bil.                        Bahan                                    Kuantiti
                   1.   Ubi kayu                                                          2 kg

                   2.   Ragi tapai                                                        4 g

                   3.   Air untuk rebus ubi kayu                                        1000 ml

                   4.   Bekas plastik berpenutup                                         20 biji

                 Hitungkan:

                 (a)  Bahan yang digunakan untuk menghasilkan 6 kg tapai ubi.
                 (b)  Cadangan bahan pembungkus yang lebih menjimatkan selain bekas plastik berpenutup.
             7.  Kaedah pemprosesan yang betul dapat menjamin mutu tapai ubi yang dihasilkan.      KBAT
                Pada pendapat anda, mengapakah ubi kayu perlu dikikis selepas dibuang kulit?












                                                                                                         185
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196