Page 42 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 42

3.7    Templat Pelaporan PBD Tahap 1

                      Templat pelaporan ini disediakan dalam fail Microsoft Excel untuk kegunaan semua
                      guru mata pelajaran serta guru kelas Tahap 1. Templat ini digunakan oleh guru secara
                      luar talian.  Rajah 22 di bawah menunjukkan satu contoh templat pelaporan Tahap 1
                      mulai 2019.






















                                  Rajah 22: Templat Pelaporan PBD Tahap 1 mulai 2019



                      Templat pelaporan PBD Tahap 1 terdiri daripada 26 halaman (sheet tab) iaitu Panduan,
                      Rekod Prestasi Murid, Laporan Murid, Laporan Mata Pelajaran, Tahap Penguasaan
                      (TP) Pertengahan (Tengah) Tahun, Tahap Penguasaan Akhir Tahun dan Pelbagai Mata
                      pelajaran serta Graf Pelaporan.


                      Halaman Panduan


                      Rajah  23  menunjukkan  Halaman  Panduan  yang  mengandungi  penerangan  tentang
                      cara  penggunaan  templat  pelaporan  oleh  guru  kelas  dan  guru  mata  pelajaran.  Ini
                      termasuk  tatacara  mengisi  maklumat  asas  murid  seperti  cara  mengedit  tafsiran
                      penguasaan Pertengahan (Tengah) tahun, menentukan Tahap Penguasaan, menulis
                      ulasan bagi guru kelas dan guru mata pelajaran serta penyimpanan dan pencetakan
                      laporan murid.








                                                           30
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47