Page 46 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 46

Rajah 25 menunjukkan Laporan Murid yang memaparkan maklumat yang direkodkan
                      oleh guru di halaman Rekod Prestasi Murid. Di bahagian atas kanan, terdapat pilihan
                      nama murid yang membolehkan guru memilih laporan murid yang hendak disimpan/
                      dicetak. Selain itu, guru boleh menggunakan butang “Pilihan Bahasa” untuk menjana
                      pelaporan yang sesuai untuk keperluan ibu bapa.

                      Laporan ini memaparkan Tahap Penguasaan Keseluruhan murid dan tafsiran Tahap
                      Penguasaan  bagi  mata  pelajaran  yang  berkenaan  mengikut  bidang  atau  kelompok
                      yang  ditetapkan  oleh  mata  pelajaran.  Guru  mata  pelajaran  boleh  memberi  ulasan
                      tambahan  dari  segi  usaha,  nilai,  kebolehan  murid  serta  cara  menambahbaik
                      pembelajaran mata pelajaran tersebut supaya pelaporan bersifat lebih menyeluruh.
                      Guru  kelas  perlu  memberi  ulasan  terhadap  perkembangan  pembelajaran,  potensi,
                      sahsiah dan nilai serta kemajuan murid secara keseluruhan. Laporan ini boleh dicetak
                      dan  diedarkan  kepada  murid  dan  ibu  bapa  bagi  memaklumkan  pencapaian  murid
                      tersebut dalam pembelajaran. Laporan ini membolehkan guru, murid dan ibu bapa
                      mengambil tindakan susulan yang sewajarnya ke arah kemenjadian murid.



                      Halaman Tafsiran TP Keseluruhan Pertengahan (Tengah) Tahun

                      Rajah 26 menunjukkan halaman Tafsiran TP Keseluruhan Pertengahan (Tengah) Tahun
                      yang mengandungi pernyataan tafsiran bagi setiap mata pelajaran.
































                             Rajah 26: Halaman Tafsiran TP Pertengahan (Tengah) Tahun dalam Templat
                                                 Pelaporan PBD Tahap 1







                                                           34
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51