Page 45 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 45

(xii)   Tahap Penguasaan Keselurahan Mata pelajaran (Captured dari Templat Mata
                              pelajaran)
                       (xiii)  Ulasan Mata pelajaran (Captured dari Templat Mata pelajaran)


                      Semua maklumat asas murid dalam halaman Rekod Prestasi Murid telah dihubungkan
                      secara  automatik  kepada  halaman  Laporan  Murid,  Laporan  Mata  Pelajaran,  Mata
                      Pelajaran dan halaman Graf Pelaporan. Guru mata pelajaran hanya perlu mengunci
                      masuk  Tahap  Penguasaan  murid  mengikut  bidang  atau  kelompok  yang  ditetapkan
                      oleh  mata  pelajaran  masing-masing.  Tahap  Penguasaan  Keseluruhan  pada
                      pertengahan  tahun  dapat  dilaporkan  dengan  mengubahsuai  pernyataan  (Tafsiran
                      Penguasaan Pertengahan (Tengah) Tahun) sebelum menetapkan tahap penguasaan
                      murid berdasarkan topik atau skop yang telah diajar.  Maklumat asas murid dijana
                      dalam Laporan Murid, Laporan Mata Pelajaran dan Graf Pelaporan secara automatik.

                      Untuk  tujuan  mengunci  masuk  nama  murid,  nombor  MyKID/Surat  Beranak  dan
                      jantina, guru boleh menggunakan kaedah copy-paste maklumat murid dalam sistem
                      Aplikasi  Pangkalan  Data  Murid  (APDM).  Walau  bagaimanapun  guru  boleh
                      menggunakan kaedah lain yang difikirkan lebih baik dan sesuai dengan keadaan di
                      sekolah mereka.

                      Halaman Laporan Murid




























                         Rajah 25: Halaman Laporan Murid dalam Templat Pelaporan PBD Tahap 1




                                                           33
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50