Page 82 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 82

Jadual 6.7
                                        Tahap Penguasaan Keseluruhan Bagi Projek

                  Tahap Penguasaan                                   Huraian
                           1                  Murid  mengumpul  dan  mengurus  maklumat  dengan  sangat
                     (sangat terhad)            terhad dan tidak berkaitan.
                                              Murid  merancang  projek  yang  lebih  mirip  kepada  tugasan
                                                sekolah  tanpa  mengambil  kira  konteks  dunia  sebenar  dan
                                                matlamat projek tidak jelas serta tanpa mengemukakan pelan
                                                perancangan.
                                              Murid melaksanakan projek tidak mengikut tempoh masa dan
                                                tidak dapat menyelesaikan masalah atau mengurus situasi.
                                              Murid menghasilkan projek yang tidak lengkap.
                                              Murid  jarang  membuat  refleksi  kendiri  untuk  memperbaiki
                                                kualiti projek serta cara pembelajaran sendiri.
                                              Murid berkomunikasi secara terhad.
                                              Murid mempamerkan nilai etika dan kerohanian yang terhad.


                           2                  Murid mengumpul maklumat daripada sumber yang terhad dan
                        (terhad)                kurang bersesuaian dengan konteks untuk merancang projek.
                                              Murid merancang projek yang mempunyai ciri-ciri konteks dunia
                                                sebenar  yang  sangat  terhad  dan  matlamat  yang  kurang  jelas
                                                dengan  mengemukakan  pelan  perancangan  yang  kurang
                                                lengkap.
                                              Murid  melaksanakan  projek  tetapi  kurang  mengawal  aktiviti
                                                projek  mengikut  tempoh  masa  dan  prosedur;  serta  hanya
                                                menyelesaikan  masalah  atau  mengurus  situasi  semasa  projek
                                                dengan terhad.
                                              Murid menghasilkan projek yang kurang kemas.
                                              Murid  kurang  membuat  refleksi  kendiri  untuk  memperbaiki
                                                kualiti projek serta cara pembelajaran sendiri.
                                              Murid berkomunikasi tetapi kurang berkesan.
                                              Murid  mempamerkan  nilai  etika  dan  kerohanian  yang  kurang
                                                memuaskan.

                           3                  Murid  dapat  mengumpul  dan  mengurus  maklumat  daripada
                     (memuaskan)                sumber yang terhad dan bersesuaian untuk merancang projek
                                                dengan memuaskan.
                                              Murid dapat merancang projek yang mempunyai ciri-ciri konteks
                                                dunia sebenar yang sangat terhad, melibatkan matlamat yang
                                                jelas dengan mengemukakan pelan perancangan yang lengkap.
                                              Murid  dapat  melaksanakan  dan  mengawal  aktiviti  projek
                                                mengikut  tempoh  masa  tetapi  kurang  prosedur  serta
                                                menyelesaikan  masalah  atau  mengurus  situasi  semasa  projek
                                                dengan memuaskan.
                                              Murid menghasilkan projek yang lengkap dan kemas.
                                              Mereka  kadang-kala  membuat  refleksi  kendiri  untuk
                                                memperbaiki  kualiti  projek  serta  cara  pembelajaran  sendiri
                                                dengan memuaskan.
                                              Murid dapat berkomunikasi dengan betul.

                                                            70
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87