Page 277 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 277

5.3  MEMPATENKAN PRODUK


             Pengenalan                                                         5.3.1  Mengenal pasti tujuan
                                                                                      mempaten produk.
             Paten ialah satu hak eksklusif yang dianugerahkan kepada sesuatu reka   5.3.2  Menerangkan agensi
             cipta, sama ada satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu     yang terlibat dalam
                                                                                      mempatenkan produk.
             yang baharu atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

             Tujuan Mempaten Produk
             Idea yang diterjemah dalam pelbagai bentuk seperti buku, peralatan,    Kod QR
             bentuk atau sebagainya perlu dipatenkan untuk melindungi hak
             ciptanya. Berikut merupakan faedah-faedah perlindungan mempaten
             sesuatu produk.
             1.  Dapat mengeksploitasi ekonomi iaitu berniaga, mengeluarkan,
                menjual, mengimport, mengeksport, disewakan, dilesenkan,
                difrancaiskan, penyerahan sewa beli dan membuat kontrak lesen.  Sila layari laman sesawang http://
                                                                                arasmega.com/qr-link/kpdnhep/
             2.  Dapat dijadikan instrumen cagaran untuk tujuan pembiayaan atau   untuk mendapatkan maklumat
                pinjaman kewangan.
                                                                                lanjut berkaitan Kementerian
             3.  Dapat mencegah pihak lain daripada menggunakan hasil ciptaan   Perdagangan Dalam Negeri dan
                tanpa kebenaran.                                                Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
                                                                                (Dicapai pada 26 September
                                                                                2019)

             Agensi yang Terlibat dalam Mempatenkan Produk


             Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
             Latar Belakang

             Sebelum tahun 1983, hak cipta di Malaysia ditadbir oleh Pejabat Cap Dagang dan Jamin Hak kemudian
             bertukar nama kepada Pejabat Cap Dagang dan Paten pada tahun 1983. Pada 27 Oktober 1990, hak cipta
             diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan
             Bahagian Harta Intelek (BHI). Setelah melalui pelbagai perubahan akhirnya BHI dijenamakan semula kepada
             Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 3 Mac 2005 dan kekal hingga sekarang. Berikut merupakan
             agensi yang terlibat dalam mempatenkan produk pemprosesan makanan:






                                            METHOD AND APPARATUS
                                        FOR OPENING A DURIAN AND THE LIKE


                               Abdul Rahim et al.from Industrial Training Institute, the Manpower Department,
                                Ministry of Human Resources was granted a patent for their invention titled
                                  "Method and Apparatus for Opening A Durian and The Like" in 2012.
                                 This method and apparatus eliminates the hazard from usage of sharp
                                       knife and potential hand injury from sharp thoms.
                                             KAEDAH DAN ALAT
                                           UNTUK MEMBUKA DURIAN

                               Abdul Rahim dan rakan-rakan daripada Institut Latihan Perindustrian, Jabatan
                               Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia telah diberi geran paten untuk
                               rekacipta bertajuk "Kaedah dan Alat untuk Membuka Durian" pada tahun 2012.
                                 Kaedah dan alat ini dapat mengelakkan bahaya penggunaan pisau tajam
                                     dan risiko kecederaan tangan dari duri durian yang tajam.

                            Sumber: Pangkalan data MyIPO
                            Source:  MyIPO's database


                                          Sumber: Laman sesawang rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

                                                                                                         271
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282