Page 280 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 280

Permohonan Mempaten Produk

           Spesifikasi Paten
           Kertas kerja spesifikasi paten ini perlu disediakan oleh  pemohon   5.3.3  Melengkapkan borang
           paten. Spesifikasi lengkap terdiri daripada  perihalan, tuntutan,        Permohonan Mempaten
                                                                                    Produk.
           ringkasan dan lukisan (jika ada). Spesifikasi perlu didrafkan dengan
           teliti kerana menjadi asas kepada dokumen sesebuah paten jika
           diberi geran. Berikut merupakan butiran yang perlu ditulis dalam
           spesifikasi paten:
           Perihalan

           Perihalan perlu menjelaskan reka cipta anda sepenuhnya ketika
           difailkan kerana maklumat tidak boleh ditambah kemudian. Paten tidak
           akan diberikan jika keterangan anda tidak mengandungi maklumat
           yang mencukupi untuk membolehkan orang lain membuat atau
           melaksanakan reka cipta anda. Perihal umumnya dibahagikan kepada
           beberapa subkomponen iaitu:


           •  Tajuk reka cipta

           •  Bidang teknikal

           •  Latar belakang reka cipta


           •  Ringkasan reka cipta

           •  Penerangan ringkas lukisan


           •  Penerangan terperinci reka cipta




           1   Tajuk reka cipta
               •  Tajuk mestilah tepat dan ringkas mengenai produk yang direka cipta sebagai contoh Mesin Karipap.


           2   Bidang teknikal
               •  Terangkan tentang latar belakang atau teknologi yang berkaitan dengan reka cipta. Tajuk yang
                  dipilih mestilah konsisten dengan fungsinya.
               •  Contoh ayat yang boleh digunakan ialah  “Reka cipta ini secara umumnya berkaitan dengan
                  pemprosesan kuih tradisional karipap secara automatik terutamanya bagi meningkatkan pengeluaran
                  dan keseragaman bentuk dan saiz”.
               •  Sebaiknya pernyataan bersifat kelebihan atau konsep inventif reka cipta tidak dimasukkan dalam
                  bahagian ini kerana pernyataan tersebut akan dibincangkan dalam bahagian penerangan terperinci
                  reka cipta.


           3   Latar belakang reka cipta
               •  Bahagian ini menerangkan reka cipta yang terdahulu bagi memahami kekurangan atau masalah
                  yang terdapat pada reka cipta yang sebelumnya.

               •  Contoh ayat ialah “Terdapat pelbagai jenis mesin karipap di pasaran, salah satu daripadanya ialah
                  mesin karipap A. Namun begitu, kapasiti pengeluarannya hanya 100 keping sejam”.







             274
   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285