Page 281 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 281
4 Ringkasan reka cipta
• Bahagian ini menerangkan penyelesaian dan kelebihan reka cipta ini berbanding reka cipta yang
terdahulu. Kebiasaannya ringkasan ini diambil daripada tuntutan yang paling luas skopnya dan
diikuti oleh beberapa tuntutan bersandar.
• Dalam menyediakan spesifikasi paten, dinasihatkan supaya merangka tuntutan terlebih dahulu
kemudian diikuti oleh subkomponen lain.
5 Penerangan ringkas lukisan
• Pada bahagian ini, beberapa lukisan gambar rajah yang relevan dari pandangan yang berbeza
dilampirkan bersama-sama dengan penjelasan satu ayat pendek.
• Lukisan utama menunjukkan gambaran keseluruhan produk diikuti dengan lukisan lain yang
menunjukkan lebih banyak butiran.
• Lukisan dipelbagaikan sudut pandangannya iaitu secara pandangan perspektif, pandangan pelan,
pandangan hadapan, pandangan sisi atau ceraian.
6 Penerangan terperinci reka cipta
• Penerangan mesti merujuk kepada lukisan gambar rajah yang telah disediakan.
• Penerangan mesti menggambarkan ciri-ciri teknikal gambaran utama yang dikehendaki dengan
terperinci dan cara reka cipta tersebut beroperasi.
Tuntutan
Tuntutan menentukan skop monopoli yang diberikan oleh sesuatu paten. Tuntutan mestilah mentakrifkan
subjek reka cipta yang dilindungi oleh pemohon, jelas dan tepat dan disokong sepenuhnya oleh perihalan
iaitu ciri-ciri teknikal. Tuntutan-tuntutan mestilah menyatakan secara khusus subjek reka cipta yang
diilhamkan oleh pemohon. Tujuannya supaya skop tuntutan jelas dan untuk orang lain memahami batas-
batas perlindungan yang diberikan oleh sesuatu paten.
Perihalan dan tuntutan haruslah konsisten supaya tuntutan tersebut jelas dan disokong. Tuntutan
didraf berdasarkan ciri-ciri teknikal reka cipta. Hal ini bermakna bahawa tuntutan tidak boleh berdasarkan
kepada ciri-ciri komersial. Tuntutan paten biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu tuntutan
bebas dan beberapa tuntutan bersandar.
Tuntutan bebas Tuntutan bersandar
• Mewakili tuntutan yang paling luas skopnya. • Tuntutan bersandar kepada tuntutan lain.
• Tidak merujuk kepada sebarang tuntutan • Merujuk kepada tuntutan bebas pada permulaan ayat.
terdahulu. • Mengandungi ciri tuntutan bebas dan ciri lanjutan.
• Merangkumi ciri-ciri teknikal. • Memperincikan lagi tuntutan sebelumnya.
• Mesti didrafkan dengan lengkap dan berfungsi. • Hanya boleh mengecilkan skop tuntutan.
• Menerangkan gambaran tertentu spesifikasi.
Ringkasan
Tujuan ringkasan adalah untuk memberi maklumat kepada pembaca tentang reka cipta secara keseluruhan.
Ringkasan harus mengandungi bidang teknikal reka cipta, menjelaskan masalah teknikal, penyelesaian
masalah dan prinsip yang digunakan.
Lukisan
Lukisan dimulakan dengan gambaran keseluruhan mesin diikuti dengan lukisan-lukisan yang menunjukkan
butiran bahagian yang relevan yang hendak dipatenkan. Seterusnya, setiap ciri teknikal dalam lukisan
diberikan jujukan nombor yang sama dengan ciri-ciri teknikal seperti dalam perihalan.
275

