Page 334 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 334
Aktiviti
Projek Jualan Produk Pemprosesan Makanan
Bahagian 1: Perancangan
1. Murid dibahagikan secara berkumpulan.
2. Lakukan perancangan pemprosesan produk prototaip yang berasaskan Borang Ringkasan Projek
(Project Brief – Borang 1):
(a) Tajuk
(b) Gambaran keseluruhan atau pengenalan
(c) Kriteria produk
(d) Perancangan pengurusan projek (Borang 2a, b dan c)
(i) Senarai bahan mentah
(ii) Senarai peralatan
(iii) Bahan pembungkusan berlabel
(iv) Kaedah pemprosesan
(v) Carta alir pemprosesan
(vi) Pengiraan kos
3. Lakukan kajian pasaran dengan menggunakan borang kajian pasaran seperti di bawah. Subjek
kajian (orang yang dikaji) boleh terdiri daripada rakan sekelas, guru, kakitangan sekolah dan
ahli keluarga (Borang 3).
4. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, hasilkan lakaran idea dua produk pemprosesan makanan
yang sesuai dengan analisis kajian pasaran (Borang 4).
Bahagian 2: Pemprosesan, Pengumpulan Maklumat dan Penambahbaikan
1. Berdasarkan perancangan, lakukan pemprosesan prototaip bersama-sama label dan bahan
pembungkus (Borang 5a).
2. Jalankan tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik maklum balas pelanggan terhadap
penerimaan produk tersebut (Borang 6).
3. Lakukan penambahbaikan berdasarkan pada analisis data soal selidik maklum balas
pelanggan (Borang 7).
4. Seterusnya, lakukan pemprosesan produk sebenar bersama-sama label dan pembungkusan
(Borang 5b – jika berbeza daripada 5a).
5. Rancangkan satu aktiviti pemasaran produk pemprosesan makanan (Borang 8).
6. Tentukan harga jualan, agihan dan promosi produk.
7. Pilih satu saluran media sosial untuk membuat promosi (Borang 8).
8. Pasarkan produk anda pada acara rasmi sekolah seperti Hari Kantin, Minggu Teknik dan Vokasional,
Hari Kokurikulum dan sebagainya. Anda juga boleh memasarkan produk anda kepada penduduk di
sekitar sekolah.
9. Hasilkan penyata untung rugi yang mudah (Borang 9).
Tip
Tip
• Gambar, borang-borang dan laporan perlu disimpan
sepanjang proses projek ini.
• Borang yang digunakan hanya cadangan, murid dan guru
boleh mengubah suai borang dari semasa ke semasa.
328

