Page 329 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 329

3    Agihan
                   Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi saluran agihan dalam pemasaran sesuatu keluaran. Tiga
                   faktor tersebut ialah kos, jangka hayat produk dan keluasan pasaran.

              Kos                    Jangka Hayat                      Keluasan pasaran
              •  Melibatkan kos      •  Produk yang tidak tahan lama   •  Produk yang
                pengangkutan,          seperti roti, ikan dan sayur      mempunyai              Cari perbezaan
                pembungkusan           perlu dijual segera untuk         jangka hayat           antara ejen,
                yang lebih             mengekalkan kesegarannya          yang lama              pemborong
                baik, jenis            dan lebih sesuai menggunakan      boleh diluaskan        dan peruncit
                pembungkusan           saluran agihan yang pertama.      pemasarannya. Hal      daripada
                dan sebagainya.      •  Produk yang tahan lebih lama     ini termasuklah        pelbagai sumber.
                                                                                                Bentangkan hasil
                                       seperti sos, ikan pekasam dan     kemudahan untuk        carian dalam
                                       sebagainya boleh melalui          dieksport ke luar      bentuk peta
                                       saluran agihan kedua dan          negara.                i-Think.
                                       seterusnya.




             Berikut merupakan lima jenis saluran agihan dalam pemasaran:

           a    Pengeluar              Pengguna

               Pengeluar menjual terus barangannya kepada pengguna tanpa melibatkan pemborong dan peruncit.
               Contohnya tempahan khas perkahwinan, pakaian, katering dan makanan, mesin runcitan automatik,
               perkhidmatan menyelenggara, pesanan melalui e-mel dan barangan yang permintaan tidak tetap seperti
               papan tanda. Contoh produk: Roti, ikan, sayur-sayuran segar, buah-buahan.



           b    Pengeluar              Peruncit             Pengguna

              Pengeluar menjual kepada peruncit tanpa orang tengah. Sesuai untuk barangan yang memerlukan
              perkhidmatan langsung atau pemulangan tarikh luput seperti makanan, alat elektronik dan barangan
              yang tahan lama tetapi permintaan tidak tetap seperti perabot. Contoh produk: Sos, gula, kicap



           c    Pengeluar                Ejen                 Peruncit             Pengguna
              Pengeluar melantik ejen untuk mengedarkan barangnya kepada peruncit dan pengguna. Sesuai
              untuk jenis keluaran seperti jentera, mesin dan kenderaan. Contoh produk: Mesin pengisar, mesin mi,
              mesin pengadun



           d    Pengeluar             Pemborong              Peruncit             Pengguna
              Pengeluar menjual secara pukal kepada pemborong, kemudian pemborong memecahkan pukal untuk
              dijual kepada peruncit dalam kuantiti yang lebih kecil untuk dijual kepada pengguna. Sesuai untuk
              barangan keperluan harian. Contoh produk: Beras, mi, tepung


           e   Pengeluar            Ejen             Pemborong            Peruncit          Pengguna


              Pengeluar melantik ejen sebagai wakil untuk mengedarkan keluarannya. Sesuai digunakan bagi keluaran
              yang melibatkan perniagaan eksport dan import serta pengeluar tidak mempunyai pengetahuan
              mengenai pasaran keluarannya. Contoh produk: Biskut, mi segera, minuman ringan


                                                Rajah 6.17 Jenis saluran agihan

                                                                                                         323
   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334