Page 331 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 331
Promosi juga boleh dilakukan dengan menyertakan risalah atau maklumat tambahan pada sesuatu
produk. Risalah atau maklumat tambahan ini tidak perlu dicetak dan tidak perlu dimuatkan pada bungkusan
makanan, tetapi boleh dijelmakan dalam bentuk Kod Quick Response (QR) serta Augmented Reality (AR). Kedua-
dua kod ini boleh diimbas dengan menggunakan telefon pintar dan tablet. Promosi melalui teknologi ini
dapat menarik lebih banyak pengguna.
Kod Quick Response (QR) Augmented Reality (AR)
• Kod bar generasi kedua yang menyimpan lebih • Augmented Reality (AR) merupakan satu teknologi
banyak maklumat berbanding kod bar yang asal. iaitu pengguna dapat melihat visual secara tiga
• Kod QR, boleh diakses dengan menggunakan dimensi (3D) dengan menggunakan peranti
aplikasi QR code reader yang boleh dimuat turun. pintar.
• Kod QR pada bungkusan makanan dapat • Melalui AR pengguna mendapat maklumat
memberi maklumat tambahan seperti resepi, melalui video interaktif, permainan video,
maklumat nutrisi, memperkenalkan produk lain, infografik dan sebagainya.
memperkenalkan pelbagai jenis perisa sesuatu • AR juga digunakan pada menu makanan di
produk dan sebagainya. restoran untuk memberi maklumat tambahan
kepada pengguna berkaitan kalori dan memesan
makanan.
• Teknologi yang menarik ini boleh digunakan untuk
memberi nilai tambah kepada pembungkusan
produk, meningkatkan kesetiaan jenama, menarik
pelanggan baharu, dan menonjol daripada pesaing.
Foto 6.11 AR pada produk makanan
Foto 6.10 Kod QR pada produk makanan
Sila imbas AR untuk melihat
maklumat tambahan pada
produk ini.
325

